Cara2 menjaga arnab dan cara2 ternakan

| | Jumaat, 11 September 2009

SAYANGI ARNAB ANDA: BAGAIMANA ANDA MEMELIHARANYA?

Mengapa memelihara arnab? Anda mungkin memelihara arnab untuk dijadikan binatang kesayangan ataupun untuk tujuan ternak.
Arnab sebagai binatang kesayangan: Anda perlu menentukan bilangan arnab yang ingin dipelihara. Sudah tentu anda tidak mahu mempunyai arnab kesayangan sehingga 30 atau 40 ekor. Di sini anda mempunyai pilihan:
a) memelihara hanya seekor arnab
b) memelihara arnab yang sama jantina,
c) memandulkan arnab dengan bantuan doktor haiwan.
Sekiranya ini tidak diambilkira, arnab akan membiak. Ingatlah!, arnab boleh membiak dengan sangat cepat dan dalam masa yang singkat anda akan mempunyai terlalu banyak arnab. Anda boleh memilih samada untuk memelihara arnab kesayangan di dalam rumah atau di luar rumah. Sekiranya anda ingin memelihara arnab di dalam rumah, banyak perkara yang harus diperhatikan:
a) perlu melatih arnab untuk membuang najis dan kencing di tempat yang disediakan,
b) perlu mencuci tempat najis dan kencing ini selalu kerana bau kencing arnab agak kuat kecuali jika arnab sudah dimandulkan, baunya akan berkurangan,
c) perlu sentiasa menyediakan air bersih dan bekasnya dicuci setiap hari,
d) perlu menyediakan sangkar yang baik untuk arnab tidur,
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar rumah
f) sembunyikan wayar dan kabel elektrik dan talipon kerana arnab suka menggigitnya.


Sangkar,kandang atau cage:

Jika anda memelihara arnab kesayangan di luar rumah, harus pula disediakan kandang yang baik dan mudah dibersihkan. Kandang yang biasa harus berlantaikan jaring dawai berukuran 1 inci x 0.5 inci supaya najis dan kencingnya tidak terkumpul di dalam kandang. Semasa arnab masih kecil, gunakan alas lantai berjaring halus. Jika tidak kaki arnab boleh tersepit di celah jaring lantai dan kemungkinan akan patah. Jika lantai kandang diperbuat daripada papan, arnab anda mungkin dijangkiti bakteria dan berkudis di tapak kakinya. Kudis ini biasanya bernanah. Saiz kandang yang sesuai ialah 2.5 x 2.5 x 2.5 kaki. Satu kandang untuk seekor arnab sahaja untuk mengelakkan pergaduhan dan kecederaan. Letakkan kandang arnab di tempat yang teduh, mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak panas, contohnya, tidak menggunakan atap zing. Sediakan sekeping papan kecil di dalam kandang anda sebagai tempat arnab baring kerana ia lebih suka baring di atas permukaan yang rata.


Makan dan minum:

Penjagaan makan dan minum sangat penting untuk menentukan kesihatan arnab. Ketika berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab yang boleh dibeli di kebanyakan kedai runcit. Selepas umur 3 bulan, anda harus membekalkan sedikit sayur-sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan, sekali-sekala (sajikan sayuran dan buah-buahan segar sahaja). Elakkan memberi kangkung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan arnab sakit perut. Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering. Jika anda hanya menggunakan baja untuk arnab dewasa tanpa kawalan, arnab akan menjadi terlalu gemuk dan tidak menarik lagi. Kadangkala ia akan mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Jika di dalam makanannya tiada serat (sayuran dan rumput) arnab anda mungkin akan mati sakit perut! Ini disebabkan bulu akan bergumpal dalam tali perut (hairball) dan menjadi tersekat. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk.
Jangan gunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan.
Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Sebaik-baiknya gunakan pembasmikuman yang boleh dibeli di kedai-kedai “pet shop”.
Jika kawasan rumah tidak berpagar, awasilah arnab anda ketika ia dilepaskan. Jika lalai, arnab anda mungkin diserang oleh anjing atau sesat dan tidak jumpa jalan pulang!
Arnab boleh hidup lama, sesetengahnya mencapai umur 5 hingga 8 tahun. Oleh itu, memelihara arnab sebagai binatang kesayangan bukan kerja yang mudah. Tugas memberi makan dan menjaga kebersihan serta kesihatan arnab setiap hari tidak boleh diabaikan. Jika tidak, ia bukanlah binatang kesayangan!


JANGAN:

a) Jangan mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh arnab berat tetapi tulang- tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara mengangkat arnab adalah dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang semula pada masa yang lain.

b) Jangan sergah arnab anda;

arnab sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu makan untuk beberapa hari.

c) Jangan lakukan arnab seperti seekor kucing;

Anda tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!.


d) Jangan abaikan arnab anda;

Apabila membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.



Arnab sebagai haiwan ternakan:

Arnab telah lama dijadikan haiwan ternakan dan sumber protein yang baik. Dagingnya lembut, halus dan kurang lemak. Untuk memelihara arnab ternakan, anda harus memilih baka yang sesuai kerana tidak semua baka arnab baik untuk diternak. Baka yang baik mempunyai ciri-ciri:
a) cepat membesar – 9-10 minggu,

b) cepat membiak – 3-4 bulan,

c) induk mempunyai susu yang banyak,

d) bilangan anak yang banyak (10-12 ekor sekali beranak).

Dua baka arnab yang terbaik untuk diternak adalah:
a) New Zeland white

b) Californian white.

Arnab dari baka lain yang turut diternak adalah Standard Rex, yang biasanya diternak untuk industri kulit. Lebih 30 baka arnab yang lain biasanya dipelihara sebagai hobi, binatang kesayangan atau untuk tujuan pameran. Pastikan anda memilih baka yang betul!
Arnab yang dijual di kedai-kedai atau di pasar tamu biasanya sudah dikacukkan dengan pelbagai jenis baka. Baka arnab tulen boleh didapati daripada pembekal komersil atau melalui jabatan berkaitan. Perlu diingat bahawa ternakan arnab tidak dapat mendatangkan keuntungan yang cepat. Ia memerlukan kerja tekun sepenuh masa dan pengawalan yang rapi untuk mendapatkan keuntungan yang sederhana. Ternakan arnab yang dijalankan dengan sambil lewa akan membawa kerugian.


Ternakan kecil-kecilan:

Ternakan arnab boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas, arnab anda mungkin akan beranak sebulan sekali! Untuk tujuan ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Jika anda memulakan ternakan anda dengan 3 ekor induk betina dan seekor jantan, anda akan mendapat sebanyak 90 ekor anak arnab setahun (purata 6 ekor seinduk sekali beranak dan beranak 5 kali setahun).
Mengawan: Arnab mengawan dalam masa yang singkat, kira-kira 2 saat sahaja. Arnab betina subur sepanjang masa. Oleh itu apabila mengawan, kemungkinan besar ia akan bunting. Arnab bunting selama 30-32 hari. Pada minggu kedua atau ke tiga selepas mengawan, arnab betina akan mula membuat sarang. Jika arnab anda bergerak bebas di atas tanah, arnab betina akan menggali lubang dan membawa rumput untuk membuat sarang. Ini harus diperhatikan kerana biasanya lubang sarang ini akan ditutup semula dan anda tidak tahu. Jangan biarkan arnab anda beranak dalam lubang tanah ini kerana anak-anak arnab biasanya akan mati kerana:
a) digigit semut,

b) dimakan oleh tikus atau kucing dan anjing,

c) lemas ketika hujan lebat.

Sebaik-baiknya, masukkan induk bunting ke dalam kandang pada akhir minggu ke empat. Berikan rumput kering dan letakkan sebuah kotak sarang di dalam kandang itu. Kotak ini boleh diperbuat daripada papan berlantaikan jaring dawai. Saiznya adalah 1.5 x 1 kaki. Arnab anda akan mula menyusun rumput dan membuat sarang di dalam kotak itu. Sehari sebelum ia beranak, ia akan mencabut bulu badannya untuk diletakkan di dalam sarang itu. Anda boleh menyaksikan peristiwa ia melahirkan anak pada hari ke 30 atau 31 selepas mengawan, iaitu sebaik sahaja ia selesai mecabut bulu. Jangan ganggu arnab yang sedang beranak kerana jika ia terperanjat, ia mungkin akan:
a) memakan anaknya,

b) melompat dan terpijak anaknya

c) menghentak kaki belakang (tanda awas) dan secara tidak sengaja terpijak anaknya.

Panduan:

a) Jika induk kematian semua anaknya selepas 2 kali beranak, ia tidak sesuai dijadikan induk.

b) Anda boleh bahagikan anak-anak arnab kepada induk lain yang bilangan anaknya sedikit supaya anak mendapat susu yang cukup.Arnab baka New Zealand white boleh menghasilkan 10-12 ekor anak sementara baka Californian white boleh menghasilkan 8-10 ekor anak. Periksalah anak-anak arnab ini selepas sehari dan buang anak yang mati. Berikan bekalan makanan dan air bersih. Arnab biasanya makan sepanjang masa tetapi lebih banyak makan pada waktu awal pagi dan lewat petang.

c) Seekor induk boleh beranak dengan baik selama 2 tahun. Selepas itu gantikan dengan induk baru.

d) Arnab boleh menghasilkan daging yang elok selepas berumur 9 atau 10 minggu. Ketika ini dagingnya lembut dan halus. Selepas umur 10 minggu, ia membesar dengan perlahan tetapi kuat makan. Anda rugi jika menyimpannya terlalu lama.


Ternakan secara besar-besaran:

Ternakan secara besar-besaran memerlukan pengurusan dan pemilihan baka serta penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh kerana penghasilan anak arnab yang cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan yang sesuai berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai ternakan arnab secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawai-pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di tempat anda.

Artikel ini telah diterbitkan sebagai sehelai pamplet dan diedarkan sempena Pesta Rumbia di Pantai Sawangan, Kuala Penyu 14-15 Ogos 1999. Maklumat yang terkandung dalam pamplet ini adalah sebagai panduan ringkas tentang pemeliharaan arnab. Orang ramai yang berminat sebaik-baiknya mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum memelihara arnab samada untuk tujuan binatang kesayangan atau ternakan.

(maklumat nie aku copy/paste jer...panjang sangat nak taip)

82 ulasan:

Unknown berkata...

memang coollah miepeaty ni teng kiyu

waN BobO berkata...

wah, bgs yer..
nak tnye ni, klu anak arnab tu mati,
si ibu boleh duduk sekandang dgn si bapa ke
atau biarkn selama beberapa hari, baru boleh diletakkn bersama semula???

miepeaty berkata...

tq tq sorry sbb lambat reply...kalau bolih jgn masuk kan sekali...sbb yg jantan tu perangai dia playboy pantang kalau dia jumpa betina...awk blih masuk kan kalau awk nak mate kan jer...dah mate kan dlm 1jam awk kena asing kan balik...sbb bila betina dah ada isi dia dah tak nak dekat ngan jantan...nanti begaduh...so kena asing sampai bila2 kecuali mate kan jer...

waN BobO berkata...

ooo..ok..
tq2..

Tanpa Nama berkata...

juol

Tanpa Nama berkata...

apa makanan dia kak??

Tanpa Nama berkata...

miepeaty...
nak tnya..
mcmna nak tahu eh situasi ibu arnab tu time2 dia da nak hmpir2 branak???

Tanpa Nama berkata...

hello nk tanya blh..selapas arnab dh mengawan arnab betina 2 kena diasingkn ke x pyh..cuz arnab saye 2 lepas beberapa hari dgn arnab jantan 2 dia dh x blh jln..mcm lumpuh..klu mcm 2 sebab aper eah?????

Tanpa Nama berkata...

Assalam, nak tanya bela arnab kena ambil lesen daripada majlis daerah / jabatan veterinar ke?

Tanpa Nama berkata...

hai saya bela arnab

Tanpa Nama berkata...

hai saya bela arnab ?

Tanpa Nama berkata...

bro..mcm na nak elakkan arnab mati...saya beli arnab di kedai..masi kecik lagi la..so kebanyakannya mati dlm masa 2 minggu..

Tanpa Nama berkata...

sy bru je bela arnab...tp bulunya xbrape comel sgt,xlebat..arnab ni ade shmpoo or mandian khas utknya ke x??

Tanpa Nama berkata...

arnab yg blainan saiz,blh mngawan x?
atau xsesuai duk satu kndang?

Tanpa Nama berkata...

macane nak ajar arnab buang air?

Tanpa Nama berkata...

assalam.macam mana nak ajar arnab buang air???

Tanpa Nama berkata...

sayaaaa nk tnya ttg ... kalau x nk ltk rumput2 dan kotak boley x ? sya x tw nk cri kt mna ..

Angin Selat Melaka berkata...

Hai semua...

Boleh juga kalau guna kaedah rawatan ada di website mini ni:

Menjaga binatang peliharaan cara mudah dan berkesan

Semoga berjaya. Tq.

Tanpa Nama berkata...

ape punca nya arnab cirit-berit?

zarif berkata...

saye nk tanye..arnab saye bulu nye gugur,,ape kah punce dan ape yang patot saye buat?

Tanpa Nama berkata...

my rabbit is cute.I have 3 rabbit.the name is white,black,and new is grey.but black is dead

Tanpa Nama berkata...

nak tanye,kenape kaki arnab saye nampak macam basah tapi bila saye pegang kaki die rasa tak basah?

Tanpa Nama berkata...

from rose....
salam,sy nk tnye...
baka mix teddy bear...
dging dia boleh mkn x??

tieyra l0verabbit ! berkata...

nak tanye..camne nak tau jantina arnab tu waktu dia masih kecil lagi..bukan bayi.contoh kanan2 umur 6 tahun cam tu la.pastu macam mana kalau arnab tu sakit duduk atas jaring .

Tanpa Nama berkata...

hai, sy ade rabbit. bt rabbit sy 2 bulunye keguguran.. macam mane nk atasi masalah ni ye..? hope dpt beri ckit info..:)

Tanpa Nama berkata...

apa nama shampoo nye ?????????

Tanpa Nama berkata...

nk tnye klo arnab tu nyew kaki bengkak knape ek?
die kne kmn k?

Tanpa Nama berkata...

nk tnyew arnab ni die x leh mkn karet slalu ek?

Tanpa Nama berkata...

BIASANYA TEMPOH ARNAB MENGANDUNG BERAPA BULAN..??

Tanpa Nama berkata...

mcm mane nak buat tempat arnab beranak????
pastu...x de papelah...

Tanpa Nama berkata...

slam 1 malysia sya ternak arnab tedy bear .sekarang ni nilai passaran begitu tiggi.kat mane saya boleh dapatkan bantuan untuk menambah lagi kandang.kandang sekarang tk dapat nak menampung arnab yg ada....boleh tak sahabat bagi sikit info

Jennica berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jennica berkata...

anak arnab boleh d asingkan ka dri ibunya masa baru ja lahir...

Tanpa Nama berkata...

aq ade arnab.... arnab nie gempak

azmi kemaman berkata...

memang jelas n cepat faham cara2 ulasan yg di berikan tq

aziera zamri berkata...

;kalau arnab branak dalam tanah . nk buat mcm mna ? nk biar kew takk .

Unknown berkata...

bolehkah anak arnab dipisahkan dari ibunya ?

Tanpa Nama berkata...

bgmna nk menyusukn bby arnb coz ibu dia xnk menyusukn.

Tanpa Nama berkata...

wow!saye nak bela arnab mix lion head same ngan cara bagini.....

Tanpa Nama berkata...

kenapa bulu arnab jantan gugur

Tanpa Nama berkata...

lepas ni saya x payah lah cari maklumat kat internet sebab saya dah tahu tentang arnab

Tanpa Nama berkata...

tiba2 balik keje tgok semut hurung bhgian bontot dye..dah cuci ngn air..nmpak kesan luka2 skit..camna nk wat?kos rawatan klinik untuk arnab mahal tak?

Tanpa Nama berkata...

Arnab saya melahirkan anak kira -kira 2 bulan yang lalu, selepas sehari melahirkan anak saya telah pisahkan indok jantan. Apa yang menghairankan pada hari ini arnab tersebut telah melahirkan anak pula sebanyak 6 ekor, sedangkan saya telah pisahkan indok jantang.Apakah arnab boleh melahirkan anak kali kedua tanpa mengawan atau benih jantan masih ada dalam badan arnab betina semasa ia melahirkan anak kali pertama dahulu ?

Unknown berkata...

Saya pernah dgr, Arnab Ni mempunyai kaedah makan yg pelik sedikit, kerana selepas arnab makan Kali pertama, arnab seperti biasa Akan berak, Dan arnab itu Akan makan najisnya, kerana sistem penghadaman arnab tidak mampu untuk terus menerima makanan tersebut, Jadi dengan makan najisnya, lebih memudahkn peroses tersebut berjalan lebih lancar, apakah maklumat ini tepat? Sekiranya saya tersilap, mohon d tunjuk ajar

Unknown berkata...

Sekiranya kangkung tidak elok utk arnab, sekiranya di beri dengan jumlah yg banyak, sukatan bagaimanakah yg terbaik utk memberi makanan kangkung kepada arnab sekiranya jumlahnya lebih kurang 5 ekor?

Tanpa Nama berkata...

thanks for the tips...nak tanya ni,arnab suke dibelai di bahagian mane???

nursalam berkata...

saya nk bela arnb,,kmrin dlu member mum mintak jga untuk cuba..bg sya susah juga...nk jga dia sng ke atau xsng???ay nk bela rabit tb...minat dri dlu tp xpndai lg tntg2 rabit ni huhu

Unknown berkata...

walaweiiii. byknye soklan..... pening aku.... aku bru planning nak bele arnab tp kalu bele kang takut mati.. sian plak. hermmm tp aku suke arnabb. weiii camne niiiiiiiii.

Unknown berkata...

Assalam..
Saya bela arnab hanya lepas je kat laman rumah..
Arnab saya makan semua tumbuhan yang ada di laman..
Segala pokok semak samun pn depa makan gak.
So far xda apa2 masalah pun ..malahan arnab saya sihat je..
Saya ada arnab baka teddy bear dan dutch...
Xda la masalah sakit perut ke ape ke...
Kadang2 saya hairan dgn entry2 yang terlalu cerewet ttg pemakanan..
Sekian trimakasih.

Tanpa Nama berkata...

Hi sy nk minta bantuan arnab sy bru jer lahirkan anak 4 ekor sy nk tahu bagaimana nk jg anak dia nk bg susu Dan penjagaan lengkap. Adakah ibu arnab akan makan ank nya. Tlg balas

Amilia berkata...

tips yg bagus.saya pn baru je start bela tahun ni..cute tp agak mahal kos dia ekk

Tanpa Nama berkata...

arnab betina saya masih kecil lgi..tapi nmpak mcm x b'maya..tpi jantan ok jeh..knpa bole jadi mcm tu?

Tanpa Nama berkata...

SAYA NAK BELA ARNAB TAPI MAK TAK BAGI!!!!TENSION!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

slm , mcm mana kalau arnab fatin selalu tersedak susu , lepas tu dia taknak minum susu dah ?? ape yg fatin patut buat ??

Tanpa Nama berkata...

apa yg menyebabkan anak arnab mati di usia 4 hari ?

young berkata...

paling senang kalau arnab ada masalah berak2 kencing2 susah mau jaga... satey saja ssnang cerita

Tanpa Nama berkata...

ha ahhh sy pun ader arnab..umur 0 - 3 tahun sy anto kat nurserry..pastu sy masukkn kat taska..skarg dah masuk sek menegah pun..amcam care..

Tanpa Nama berkata...

salam, nk tnye kenapa arnab saya tiba2 kaki belakng nya tidak boleh digerakkan...sedangkan semalam kakinya elok sahaja?

Tanpa Nama berkata...

ada..caqi ja katt kedai haiwwann.

yatty berkata...

Minat juga nak bela arnab..tapi kena blajar dulu cara penjagaannya..;)

ara neefasya berkata...

kat mana boleh beli arnab eh??????

pieja nissa berkata...

Arnab blh mkn kobis atau tidak

pieja nissa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pieja nissa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pieja nissa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pieja nissa berkata...

Sya nk tya arnab blh x kobis

Tanpa Nama berkata...

Sye, nak tanya kalau arnab umur dia s/bulan hidup lame tk...

Tanpa Nama berkata...

saya nk bela arnab tp terbela kucing..mcmana erkk??

Tanpa Nama berkata...

arnab sy nk puasa, dia tnye dia nk sahur kul brape..?

Unknown berkata...

Saya nak tanye, Arnab kite boleh mengawan dari umur berape ye?

Unknown berkata...

Macamana nak train arnab tu supaya tak berak dan kencing bersepah kalau dilepaskan?

Unknown berkata...

Ni saya pon ade pengalaman jaga arnab gak...mak panggil saya mak arnab sebab saya tokey jaga arnab ni..dah macam macam saya tahu pasal diorang ni...ni kalau dia dah nk beranak dia cabut 2 bulu dada dia....bukan sikit tau...banyak pandai2 lah bersediaa

Unknown berkata...

Ni saya ade pengalaman... ambik kotak atau tray mini...kumpulkan najis2 dia dalam tu..nanti dia hidu2 ....lama kelamaan dia tahu itu tandas dia..kaedah ni orang panggil litter train...

Unknown berkata...

Ni saya ade pengalaman... ambik kotak atau tray mini...kumpulkan najis2 dia dalam tu..nanti dia hidu2 ....lama kelamaan dia tahu itu tandas dia..kaedah ni orang panggil litter train...

Unknown berkata...

Ni saya pon ade pengalaman jaga arnab gak...mak panggil saya mak arnab sebab saya tokey jaga arnab ni..dah macam macam saya tahu pasal diorang ni...ni kalau dia dah nk beranak dia cabut 2 bulu dada dia....bukan sikit tau...banyak pandai2 lah bersediaa

Unknown berkata...

Arnab boleh mandikan tak

Unknown berkata...

Arnab boleh mandikan tak

Tanpa Nama berkata...

terima kasih untuk maklumat itu ye

Ghost berkata...

Saya nak tanya bila saya campur arnab buck sama doe,arnab buck macam tak nak mengawan dia akan duduk sahaja dan liat arnab doe.ada cadangan supaya arnab itu active ?

Tanpa Nama berkata...

saya ada pelihara arnab... camne nak tau arnab ni bunting

Tanpa Nama berkata...

camne cara nak nyusukan baby arnab sekiranya baby itu sendiri tak nak menyusu

saedah berkata...

hello nak tanya .... tersalah beli dedak arnab ... tadi saya beli dedak ayam boleh kah dia makan buat sementara waktu ini kah?

Catat Ulasan