asik rendang ayam n lembu jer cuba plak rendang daging arnab lak hari raya akan dtng nie

| 0 ulasan | Rabu, 16 September 2009



Bahan - bahan
600 g daging arnab
1/2 cawan kicap pekat
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh jintan manis - digiling
1 sudu teh jintan putih - digiling
3 sudu besar ketumbar - digiling
6 ulas bawang merah - digiling
4 ulas bawang putih - digiling
2.5 sm halia - digiling
3 sudu besar gula
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
Sedikit garamMinyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

Daging dipotong kecil-kecil dan toskan.
Kemudian gaulkan daging bersama dengan bahan yang telah digiling, kicap dan gula.
Perapkan selama 1/2 jam.
Panaskan minyak dan tumis daging tadi dan setelah empuk masukkan garam. Jika daging tadi agak keras masukkan sedikit air dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Setelah masak angkat dan hidangkan.

Cara2 menjaga arnab dan cara2 ternakan

| 82 ulasan | Jumaat, 11 September 2009

SAYANGI ARNAB ANDA: BAGAIMANA ANDA MEMELIHARANYA?

Mengapa memelihara arnab? Anda mungkin memelihara arnab untuk dijadikan binatang kesayangan ataupun untuk tujuan ternak.
Arnab sebagai binatang kesayangan: Anda perlu menentukan bilangan arnab yang ingin dipelihara. Sudah tentu anda tidak mahu mempunyai arnab kesayangan sehingga 30 atau 40 ekor. Di sini anda mempunyai pilihan:
a) memelihara hanya seekor arnab
b) memelihara arnab yang sama jantina,
c) memandulkan arnab dengan bantuan doktor haiwan.
Sekiranya ini tidak diambilkira, arnab akan membiak. Ingatlah!, arnab boleh membiak dengan sangat cepat dan dalam masa yang singkat anda akan mempunyai terlalu banyak arnab. Anda boleh memilih samada untuk memelihara arnab kesayangan di dalam rumah atau di luar rumah. Sekiranya anda ingin memelihara arnab di dalam rumah, banyak perkara yang harus diperhatikan:
a) perlu melatih arnab untuk membuang najis dan kencing di tempat yang disediakan,
b) perlu mencuci tempat najis dan kencing ini selalu kerana bau kencing arnab agak kuat kecuali jika arnab sudah dimandulkan, baunya akan berkurangan,
c) perlu sentiasa menyediakan air bersih dan bekasnya dicuci setiap hari,
d) perlu menyediakan sangkar yang baik untuk arnab tidur,
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar rumah
f) sembunyikan wayar dan kabel elektrik dan talipon kerana arnab suka menggigitnya.


Sangkar,kandang atau cage:

Jika anda memelihara arnab kesayangan di luar rumah, harus pula disediakan kandang yang baik dan mudah dibersihkan. Kandang yang biasa harus berlantaikan jaring dawai berukuran 1 inci x 0.5 inci supaya najis dan kencingnya tidak terkumpul di dalam kandang. Semasa arnab masih kecil, gunakan alas lantai berjaring halus. Jika tidak kaki arnab boleh tersepit di celah jaring lantai dan kemungkinan akan patah. Jika lantai kandang diperbuat daripada papan, arnab anda mungkin dijangkiti bakteria dan berkudis di tapak kakinya. Kudis ini biasanya bernanah. Saiz kandang yang sesuai ialah 2.5 x 2.5 x 2.5 kaki. Satu kandang untuk seekor arnab sahaja untuk mengelakkan pergaduhan dan kecederaan. Letakkan kandang arnab di tempat yang teduh, mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak panas, contohnya, tidak menggunakan atap zing. Sediakan sekeping papan kecil di dalam kandang anda sebagai tempat arnab baring kerana ia lebih suka baring di atas permukaan yang rata.


Makan dan minum:

Penjagaan makan dan minum sangat penting untuk menentukan kesihatan arnab. Ketika berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab yang boleh dibeli di kebanyakan kedai runcit. Selepas umur 3 bulan, anda harus membekalkan sedikit sayur-sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan, sekali-sekala (sajikan sayuran dan buah-buahan segar sahaja). Elakkan memberi kangkung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan arnab sakit perut. Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering. Jika anda hanya menggunakan baja untuk arnab dewasa tanpa kawalan, arnab akan menjadi terlalu gemuk dan tidak menarik lagi. Kadangkala ia akan mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Jika di dalam makanannya tiada serat (sayuran dan rumput) arnab anda mungkin akan mati sakit perut! Ini disebabkan bulu akan bergumpal dalam tali perut (hairball) dan menjadi tersekat. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk.
Jangan gunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan.
Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Sebaik-baiknya gunakan pembasmikuman yang boleh dibeli di kedai-kedai “pet shop”.
Jika kawasan rumah tidak berpagar, awasilah arnab anda ketika ia dilepaskan. Jika lalai, arnab anda mungkin diserang oleh anjing atau sesat dan tidak jumpa jalan pulang!
Arnab boleh hidup lama, sesetengahnya mencapai umur 5 hingga 8 tahun. Oleh itu, memelihara arnab sebagai binatang kesayangan bukan kerja yang mudah. Tugas memberi makan dan menjaga kebersihan serta kesihatan arnab setiap hari tidak boleh diabaikan. Jika tidak, ia bukanlah binatang kesayangan!


JANGAN:

a) Jangan mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh arnab berat tetapi tulang- tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara mengangkat arnab adalah dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang semula pada masa yang lain.

b) Jangan sergah arnab anda;

arnab sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu makan untuk beberapa hari.

c) Jangan lakukan arnab seperti seekor kucing;

Anda tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!.


d) Jangan abaikan arnab anda;

Apabila membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.



Arnab sebagai haiwan ternakan:

Arnab telah lama dijadikan haiwan ternakan dan sumber protein yang baik. Dagingnya lembut, halus dan kurang lemak. Untuk memelihara arnab ternakan, anda harus memilih baka yang sesuai kerana tidak semua baka arnab baik untuk diternak. Baka yang baik mempunyai ciri-ciri:
a) cepat membesar – 9-10 minggu,

b) cepat membiak – 3-4 bulan,

c) induk mempunyai susu yang banyak,

d) bilangan anak yang banyak (10-12 ekor sekali beranak).

Dua baka arnab yang terbaik untuk diternak adalah:
a) New Zeland white

b) Californian white.

Arnab dari baka lain yang turut diternak adalah Standard Rex, yang biasanya diternak untuk industri kulit. Lebih 30 baka arnab yang lain biasanya dipelihara sebagai hobi, binatang kesayangan atau untuk tujuan pameran. Pastikan anda memilih baka yang betul!
Arnab yang dijual di kedai-kedai atau di pasar tamu biasanya sudah dikacukkan dengan pelbagai jenis baka. Baka arnab tulen boleh didapati daripada pembekal komersil atau melalui jabatan berkaitan. Perlu diingat bahawa ternakan arnab tidak dapat mendatangkan keuntungan yang cepat. Ia memerlukan kerja tekun sepenuh masa dan pengawalan yang rapi untuk mendapatkan keuntungan yang sederhana. Ternakan arnab yang dijalankan dengan sambil lewa akan membawa kerugian.


Ternakan kecil-kecilan:

Ternakan arnab boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas, arnab anda mungkin akan beranak sebulan sekali! Untuk tujuan ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Jika anda memulakan ternakan anda dengan 3 ekor induk betina dan seekor jantan, anda akan mendapat sebanyak 90 ekor anak arnab setahun (purata 6 ekor seinduk sekali beranak dan beranak 5 kali setahun).
Mengawan: Arnab mengawan dalam masa yang singkat, kira-kira 2 saat sahaja. Arnab betina subur sepanjang masa. Oleh itu apabila mengawan, kemungkinan besar ia akan bunting. Arnab bunting selama 30-32 hari. Pada minggu kedua atau ke tiga selepas mengawan, arnab betina akan mula membuat sarang. Jika arnab anda bergerak bebas di atas tanah, arnab betina akan menggali lubang dan membawa rumput untuk membuat sarang. Ini harus diperhatikan kerana biasanya lubang sarang ini akan ditutup semula dan anda tidak tahu. Jangan biarkan arnab anda beranak dalam lubang tanah ini kerana anak-anak arnab biasanya akan mati kerana:
a) digigit semut,

b) dimakan oleh tikus atau kucing dan anjing,

c) lemas ketika hujan lebat.

Sebaik-baiknya, masukkan induk bunting ke dalam kandang pada akhir minggu ke empat. Berikan rumput kering dan letakkan sebuah kotak sarang di dalam kandang itu. Kotak ini boleh diperbuat daripada papan berlantaikan jaring dawai. Saiznya adalah 1.5 x 1 kaki. Arnab anda akan mula menyusun rumput dan membuat sarang di dalam kotak itu. Sehari sebelum ia beranak, ia akan mencabut bulu badannya untuk diletakkan di dalam sarang itu. Anda boleh menyaksikan peristiwa ia melahirkan anak pada hari ke 30 atau 31 selepas mengawan, iaitu sebaik sahaja ia selesai mecabut bulu. Jangan ganggu arnab yang sedang beranak kerana jika ia terperanjat, ia mungkin akan:
a) memakan anaknya,

b) melompat dan terpijak anaknya

c) menghentak kaki belakang (tanda awas) dan secara tidak sengaja terpijak anaknya.

Panduan:

a) Jika induk kematian semua anaknya selepas 2 kali beranak, ia tidak sesuai dijadikan induk.

b) Anda boleh bahagikan anak-anak arnab kepada induk lain yang bilangan anaknya sedikit supaya anak mendapat susu yang cukup.Arnab baka New Zealand white boleh menghasilkan 10-12 ekor anak sementara baka Californian white boleh menghasilkan 8-10 ekor anak. Periksalah anak-anak arnab ini selepas sehari dan buang anak yang mati. Berikan bekalan makanan dan air bersih. Arnab biasanya makan sepanjang masa tetapi lebih banyak makan pada waktu awal pagi dan lewat petang.

c) Seekor induk boleh beranak dengan baik selama 2 tahun. Selepas itu gantikan dengan induk baru.

d) Arnab boleh menghasilkan daging yang elok selepas berumur 9 atau 10 minggu. Ketika ini dagingnya lembut dan halus. Selepas umur 10 minggu, ia membesar dengan perlahan tetapi kuat makan. Anda rugi jika menyimpannya terlalu lama.


Ternakan secara besar-besaran:

Ternakan secara besar-besaran memerlukan pengurusan dan pemilihan baka serta penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh kerana penghasilan anak arnab yang cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan yang sesuai berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai ternakan arnab secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawai-pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di tempat anda.

Artikel ini telah diterbitkan sebagai sehelai pamplet dan diedarkan sempena Pesta Rumbia di Pantai Sawangan, Kuala Penyu 14-15 Ogos 1999. Maklumat yang terkandung dalam pamplet ini adalah sebagai panduan ringkas tentang pemeliharaan arnab. Orang ramai yang berminat sebaik-baiknya mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum memelihara arnab samada untuk tujuan binatang kesayangan atau ternakan.

(maklumat nie aku copy/paste jer...panjang sangat nak taip)

FOR SELL !!

| 0 ulasan | Rabu, 9 September 2009

nie mix lop bapak anggora mak dia lop ear umur 5 bulan
betina harga: rm 60 (sold)
nie mix anggora sama local..
jantan harga: rm 60 (sold)

kalau beli sepasang sy kasi rm100 jerr


kisah sedih ketikaku tiada di rumah....

| 0 ulasan |




pada bulan lepas..mak aku suruh balik shah alam...sbb mintak tolong cat umah nak menjelang hari puasa kata kan...tengah sedap2 mengecat hp aku bunyi...wife aku call suruh balik cpt...sbb anak aku yg nakal tu buat hal ...pernah tak dengar tentang arnab yg putus ekor...aduh....anak aku sunguh nakal...dia tarik ekor anak arnab sampai putus...gelabah gak aku time tu cepat2 aku balik ampang..sebelum balik aku singah dulu tmn rabbit kat gaint s.alam..tanya ngan budak2 yg jaga rabbit tu..manalah tau penah ada pengalaman arnab putus ekor..pastu dia org kata tak penah bang nie 1st time....lagi aku penik..terus aku balik cepat2...sampai jer kat umah..aku ketuk pintu...anak aku bukak pintu terus dia lari....tau takut nak kena marah...masa tu aku tengok kesian rabbit aku...duduk termenung dlm keadaan kesakitan...lalu aku ambil minyak gamat..sapu pada ekor dia ...allhamdulilah sekarang rabbit tu sihat sampai sekarang.so...jika saudara n saudari mempunyai anak yg perangai dia lebih kurang cam anak saya jgn ler leka padang jika anak kita ke sangkar arnab..















jika terjumpa budak nie dekat ngan sangkar or kandang cepat2 selamat kan rabbit anda..dia mempunyai 2 watak ,watak baik..n watak nakal..jika watak nya baik dia akan cium sayang belai rabbit dan jika jadi sebalik nya rabbit anda akan jadi cam rabbit sy nie..(AWAS!!! WATAK NAKALNYA SUSAH NAK BACA)...hihihihih tapi dia adalah anak yg baik .


arnab-arnab ku

| 0 ulasan |

layan....





comel tak ingat tak last artikal pasal ekor putus.. nie lah dia

mengandung yer cik kak (nie ibu kepada rabbit yg mati tu)





nie otai ..kalau jumpa betina pantang...hihihi local breed gak

nie depan tau bukan belakang..brand jessywooly 1st rabbit aku beli.

tinggal kenangan
baiknya posing...
nie anak anak kecil yg umur 2bulan lebih..2 jantan 2 betina...nie tak jual tau...
utk dijadikan baka lop ear

selamat dtng ker blog sy yg tak seberapa nie

| 0 ulasan |

hai kepada semua yg dtng ker blog sy...di blog nie kita dpt bekongsi tentang arnab,kelinci atau rabbit(semua sama bunyi jer lain).sy juga baru dlm dunia ternak arnab hias secara kecil2lan.di sini juga sy menjual arnab utk di jadikan haiwan peliharaan.jika sedara n saudari ada pengalaman yg luas tentang arnab blih lah berkongsi-kongsi pendapat dgn sy..sbb sy budak baru belajar cik!!