info arnab

| | Rabu, 12 Mei 2010

Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalahOryctolagus spp.
Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.
Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.
Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika, dan juga di kawasan gurun.
Antara spesies arnab yang terdapat di dunia ini adalah :-



Arnab Gunung Berapi atau nama Inggerisnya "Volcano rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Romerolagus diazi

Arnab Perang atau nama Inggerisnya "Brown rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus europaeus

Arnab Pygmy atau nama Inggerisnya "Pygmy rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus idahoensis

Pika Amerika Utara atau nama Inggerisnya "North American Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona princeps

Arnab Gunung atau nama Inggerisnya "Mountain hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus timidus

Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus

Arnab Eropah atau nama Inggerisnya "European rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Orytolagus cuniculus

Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus
Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus

Arnab Artik atau nama Inggerisnya "Arctic hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus arcticus
Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi
(nie semua arnab liar...so kalau nak bela paham2 sendiri..jgn jabataan perhaiwanan serbu umah sudah...hihihi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan